Al-Qur’an Dan Islam Dari Kacamata Barat
Al-Qur’an
diturunkan sebagai mukjizat kepada Rasulullah saw untuk dijadikan
panduan semua umat manusia. Di dalamnya terkandung pelbagai sistem
kehidupan yang bersesuaian dengan fitrah manusia. Al-Quran bukan
semata-mata untuk bangsa Arab walaupun ditulis dalam bahasa Arab.
Al-Qur’an adalah kitab yang agung untuk umat Islam. Membacanya adalah
ibadah manakala mengamalkannya satu kewajipan. Firman Allah s.w.t.
bermaksud:
“Sesungguhnya
Al-Qur’an ini memberi petunjuk kepada jalan yang lurus dan memberi
berita gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa
bagi mereka ada pahala yang besar.”
(Surah Al-Isra’ 17:9)
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
“Aku
tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu
berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur’an) dan
sunnahku.”
(Riwayat Abu Daud)
Namun, Al-Qur’an adalah kitab yang digeruni oleh orang Eropah (bukan Islam). Mereka berasakan kitab ini amat berbahaya.
Orientalis menakut-nakutkan
dunia Barat akan bahaya Al-Qur’an, iaitu kumpulan yang ditundukkan oleh
kemahuan individu dan tujuan politik yang telah dipertanggungjawabkan
untuk mendedahkan bahaya Al-Quran melalui kajian yang dianggap ilmiah.
Usaha mereka itu betul tetapi disesatkan dengan berbagai cara. Ketika
golongan ini mengkaji al-Quran secara mendalam dan diamati dasarnya yang
asas, keistimewaan yang unggul ternyata di dalamnya terdapat seruan
untuk bersatu, berpegang kuat dengan tali Allah, bekerjasama untuk
kebaikan, meningkatkan ketakwaan, peringatan dari kezaliman, melarang
mengejek orang lain atau mengintai-intai, peringatan supaya tidak
mengumpat, mengadu domba, gesaan kepada sifat benar, amanah, adil,
menuruti janji, gesaan mencari ilmu dan melepaskan diri daripada
kejahilan serta peraturan bagaimana menangani kehidupan di dunia ini.
Apabila perkara ini diketahui,
orientalis cuba untuk menutup hakikat ini dan menjauhkan orang Islam
daripadanya. Mereka segera berjumpa penjajahan lama dan baru serta
memberitahu bahawa al-Quran ini adalah kitab yang berbahaya bagi mereka.
Kononnya ia mengandungi dasar yang akan membangun dan menundukkan dunia
sekiranya dapat difahami ajarannya dan dipraktikkan, justeru
pengikutnya akan menguasai muka bumi ini. Ini bermakna umat Islam, jika
mengetahui kitab mereka dengan sebenar-benar makrifah dan dilaksanakan
dengan sempurna, maka penjajah akan menerima kecelakaan. Oleh itu,
mereka sentiasa berusaha bersungguh-sungguh supaya al-Quran tidak
diketahui dan dasarnya akan terpisah daripada orang Islam dan serta
boleh dipraktikkan.
Barat akan berasa takut dan
gementar apabila adanya semangat Islam di setiap tempat di dunia atau
sekarang dikenali sebagai kebangkitan Islam. Sekiranya dirancang dengan
teratur dan rapi, ia akan kembali kepada al-Quran, justeru ia akan
menanamkan semangat dan ketinggian di hati umat Islam untuk menentang
musuh Islam. Inilah perkara yang mengancam kepentingan Barat di dunia
Islam.
Sebagaimana firman Allah s.w.t. bermaksud:
“Kamu
[umat Islam] adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia,
menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat kejahatan dan beriman
kepada Allah.”
(Surah Ali Imran: 110)
Media Timur dan Barat berusaha
menggambarkan gerakan Islam di dunia Islam sebagai pelampau, ekstrim,
fanatik, mundur, taksub, pengganas dan semua istilah yang ada di dalam
kamus bahasa bagi perkataan seumpama ini. Dunia Barat dan Timur semua
bersepakat supaya Islam jangan bangkit lagi tetapi orang Islam tidak
sedar hakikat ini sebenarnya. Usaha mestilah dijalankan supaya pandangan
orang Islam berubah, dengan beranggapan bahawa untuk menyelamatkan umat
Islam mestilah mengikut cara sekular Barat, dengan itu dakwah daripada
orientalis akan melangkah untuk memperbaiki Islam.
Islam pada anggapan mereka
adalah agama yang beku dan tidak selaras dengan zaman moden manakala
seruan yang ditujukan kepada umat Islam adalah sesuatu yang asing tetapi
mereka mesti melakukannya untuk agama. Dakwaan itu adalah percubaan
untuk mengubah pandangan orang Islam terhadap Islam dan menjadikan Islam
lebih hampir kepada orang Kristian setakat yang boleh.
Sebahagian masyarakat Islam
telah terpengaruh dengan fahaman orientalis ini, sebagai contoh buku
yang dikeluarkan di Jerman pada 1981 bertajukAzmat al-Islam al-Hadith
(Krisis Islam Sekarang). Buku dihasilkan pengarang Islam Arab yang
bertugas sebagai profesor di Universiti Jerman itu menyeru dengan
bersemangat sekali supaya mengambil contoh Barat dalam usaha untuk
menjadikan agama sebagai ajaran akhlak, bukan ajaran yang berbentuk
tanggungjawab yang mesti dipatuhi. Pada pendapatnya, itulah satu cara
untuk menyelesaikan krisis Islam, justeru dapat memisahkan agama dengan
urusan kehidupan mengikut bentuk sekular Barat. Jika dilihat pada masa
sekarang, fahaman ini telah semakin menular di kalangan masyarakat Islam
khasnya.
Di setengah negara Islam
sekular, sudah ada yang melayani pemikiran Islam seperti melalui
pemikiran Mark kerana anggapan mereka Islam adalah berbahaya dan wajib
diperangi serta dihukum pendakwahnya. Penjajah telah membuat perancangan
rapi untuk melemahkan Islam dan menjauhkan mereka daripada dasar Islam.
Ia akan menghalang apa saja percubaan untuk menyatupadukan semua umat
Islam sekali lagi. Penjajah mendapati umat Islam sendiri yang merelakan
diri mereka untuk dijadikan alat bagi tujuan penjajah itu. Kita tidak
akan menemui kenyataan itu daripada mulut mereka tetapi inilah yang
tercatat di dalam watikah rahsia penjajah sendiri.
Politik orientalis yang
menyokong Arab di dalam peperangan yang besar (yang pertama) hanya
semata-mata satu strategi untuk menghancurkan kekuatan Turki. Malah, ia
juga sebagai strategi untuk memisahkan penguasaannya terhadap dua bandar
suci, Makkah dan Madinah, daripada khalifah Uthmaniyah yang memerintah
pada waktu itu. Perkara yang paling menggembirakan orientalis ialah
Kamal Ataturk tidak hanya meletakkan pembaharuan yang jauh kesannya dan
akhirnya menolak lambang Turki sebagai negara Islam.
Benarlah sebagaimana firman Allah s.w.t bermaksud:
“Orang
Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikut
agama mereka. Katakanlah: Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk
sebenar. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah
pengetahuan datang kepadamu, Allah tidak lagi menjadi pelindung dan
penolong bagimu.”
(Surah Al-Baqarah: 120)
Ayat ini dikuatkan lagi dengan
hadis Rasulullah saw bermaksud: “Kamu akan mengikut tatacara orang
sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga
walaupun mereka itu masuk ke lubang biawak, kamu turut sama ke
dalamnya.”
Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah (yang dimaksudkan) mereka itu Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab: “Siapa lagi.”
(Riwayat Muslim)
Biduk berlalu kiambang bertaut,
walaupun terdapat celaan dan cacian, propaganda serta diserang dengan
bermacam tuduhan, terutama daripada mereka yang memusuhi Islam, masih
ada ahli fikir Barat atau orientalis yang tidak sempit hatinya mahu
menyelami Islam dan jiwa junjungan kita, Muhammad saw. Mereka mengkaji
sejarah umat yang dihidupkan oleh tuntutan wahyu Ilahi itu, seperti
Thomas Carlyle, mengaku bahawa Nabi Muhammad itu bukan orang biasa dan
Al-Qur’an itu bukan suatu hasil kesusasteraan belaka.
Edward Gibbon
Edward Gibbon (1737-1794), seorang ahli sejarah Inggeris, berkata mengenai al-Quran seperti berikut:
“Al-Qur’an
itu adalah sebuah kitab agama, kitab kemajuan, kenegaraan, persaudaraan
dan perundangan. Al-Qur’an mengandungi isi yang lengkap, daripada
urusan ibadat, akidah, akhlak hingga pekerjaan sehari-hari dan daripada
urusan rohani hingga jasmani seterusnya. Ia juga menerangkan segala
pembalasan atas amalan manusia. Sebab itu amat besar perbezaan al-Qur’an
dengan Bible. Dalam Bible, tidak ada peraturan yang berhubung keduniaan
melainkan cerita untuk penyucian diri. Bible tidak boleh menandingi
al-Quran kerana al-Quran bukan saja menerangkan kaitan amalan kegamaan,
bahkan mengupas asas politik kenegaraan. Al-Quran menjadi sumber
undang-undang dasar memutuskan semua perkara yang berhubung dengan soal
kejiwaan.”
Ini adalah antara pandangan cendikiawan Barat yang mengkaji Al-Qur’an berdasarkan fahaman yang benar.
Firman Allah s.w.t. bermaksud:
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur’an dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.”
(Surah Al-Hijr: 9)
Ayat ini adalah jaminan daripada
Allah s.w.t. bahawa Al-Qur’an tetap akan terpelihara daripada sebarang
perubahan dan akan terus kekal hingga ke hari kiamat. Oleh itu, umat
Islam perlu sedar hakikat ini supaya mereka mengkaji Al-Qur’an dan
menghayati kandungannya, lebih-lebih lagi pada era globalisasi ini
supaya kita tidak tertipu dengan dakyah yang dibawa musuh Islam.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.