Osama adalah agen CIA paling berjaya dalam sejarah CIA!
Oleh: takusahrisau
Laman web surat khabar terkemuka iaitu
Mail, Times, Telegraph, Sun dan Mirror telah mengeluarkan secara rasmi
gambar mayat Osama bin Laden yang dipercayai terbunuh dalam serangan
tentera Amerika Syarikat di Pakistan. Namun, gambar itu kemudian
cepat-cepat dikeluarkan setelah desas-desus kesahihan gambar tersebut
dipertikai oleh masyarakat dunia di Twitter, forum, Facebook dan
media-media interaksi yang lain.
Apa yang pelik sebenarnya adalah gambar
mayat Osama bagaimanapun langsung tidak dipertikaikan oleh editor-editor
akhbar terkemuka tersebut sedangkan sekali lihat sahaja sudah boleh
mengetahui ia adalah hasil suntingan dengan menggunakan software Adobe Photoshop.
Di blog-blog pula telah wujud pelbagai
andaian bahawa Osama tidak terbunuh dan serangan di rumah mewah di
Abbottabad adalah untuk membunuh pengedar dadah yang paling dikehendaki
di daerah yang terletak 60km daripada Islamabad. Serangan Amerika
Syarikat tersebut bagaimanapun diandaikan oleh Barack Obama sebagai misi
untuk membunuh Osama bin Laden.
Osama dan banglo besar
Kemusykilan berkaitan kematian Osama bin
Laden berterusan. Antara yang boleh dipertikaikan adalah tempat
persembunyiaan seorang yang dikatakan berjihad menentang musuh Allah.
Sesuaikah mujahidin seperti Osama bersembunyi di sebuah rumah banglo?
Masih lagi berkenaan rumah banglo. Osama
bin Laden dikatakan seorang yang pakar dalam persembunyian. Akan tetapi,
Osama dilaporkan secara rasmi oleh Amerika Syarikat telah bersembunyi
di rumah yang paling besar di daerah Abbottabad.
Logikkah individu yang paling diburu
seperti Osama bin Laden bersembunyi di rumah mewah tersebut? jika
difikirkan dengan logik, rumah tersebut amat mudah dicam oleh
perisik-perisik CIA di Pakistan mahupun penduduk-penduduk di kawasan
tersebut. Oleh yang demikian, amat mustahil untuk seorang yang mahir
seperti Osama hidup bersembunyi di rumah paling besar di daerah
tersebut.
Osama dan pengebumian di laut
Osama telah dilaporkan telah disemadikan
di laut untuk mengelakkan pemujaan terhadap kubur beliau oleh
pengikut-pengikut fanatiknya. Namun, ramai yang sangsi dengan fakta
tersebut. Salah satunya adalah tiada kesaksian tentang mayat Osama telah
disemadikan di laut. Bergitu juga dengan gambar dan foto-foto semasa
upacara itu dilaksanakan. Boleh dikatakan, tiada bukti miskipun sedikit
untuk menyokong fakta bahawa Osama telah pun disemadikan di lautan.
Bertambah menarik, ia sebenarnya
bercanggah dengan kenyataan awal jurucakap bagi kerajaan Amerika
Syarikat yang mana akan berjanji untuk menyerahkan kepada keluarga
terdekat Osama untuk proses pengebumian mengikut ajaran Islam.!
(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)
Osama dan al-Qaeda tidak pernah wujud
Osama dan al-Qaeda sebenarnya adalah nama
ciptaan Amerika Syarikat. Bukti untuk menyatakan perkara ini adalah
melalui mulut ulama daripada Indonesia, Abu Bakar Bashir
yang telah ditangkap kerana terbabit dengan pertubuhan pengganas yang
mengaitkan dengan persatuan beliau sendiri, Jemaah Islamiah. Menurut Abu
Bakar Bashir, beliau tidak pernah berkerjasama dengan pertubuhan yang
bernama al-Qaeda dan Jemaah Islamiah sendiri bukannya sebuah pertubuhan
pengganas seperti yang digembar-gemburkan oleh kerajaan Amerika Syarikat
dan Indonesia.
Penyataan Abu Bakar Bashir turut
dipersetujui secara tidak langsung oleh golongan-golongan Taliban dan
Mujahiddin. Mereka menyatakan tidak pernah menemui seorang lelaki
berjambang yang bernama Osama bin Laden sebelum serangan Amerika
Syarikat terhadap Afghanistan pada tahun 2001.
Beberapa individu lain menyatakan bahawa
lelaki bernama Osama telah menyalurkan dana berbentuk wang dan senjata
untuk memerangi pencerobohan Soviet Union. Osama dikatakan sebagai orang
tengah antara CIA dan pejuang-pejuang Mujahiddin di Afghanistan semasa
pencerohon Soviet Union dariapda tahun 1979 sehingga 1989.
Osama adalah Tim Osman
Menurut mereka lagi, Osama adalah nama samaran kepada Tim Osman yang berkerjasama dengan Zbigniew Kazimierz Brzezinski.
Brzezinski adalah penyalur dana terus daripada CIA untuk kegunaan
pejuang Mujahidin semasa mereka memerangi penceroboh Soviet. Brzezinski
telah berkhidmat selama lima tahun dengan Presiden Jimmy Carter iaitu
daripada tahun 1977 sehingga 1981. Tim Osman pula adalah orang tengah
Brzezinski untuk berhubung dengan pejuang Mujahiddin. Antara sebab Tim
Osman menjadi orang tengah adalah kerana Tim Osman mahir dengan
selok-belok pejuang Mujahiddin dan kefasihan berbahasa Arab dan Pushtun.
Sebenarnya, kemuncak karier Osama sebagai
agen CIA adalah sewaktu penampilan ‘tiba-tiba’ Osama yang menyatakan
kesedihan beliau dengan serangan WTC pada 11 September. Penampilan itu
mengejutkan kerana seperti dirancang, Osama muncul dan memberi komen
bagi pihak orang Islam. Manakala, Presiden Amerika Syarikat pada waktu
itu, George W. Bush terus menuduh tanpa memberi sebarang bukti kukuh
bahawa Osama bin Laden adalah dalang di sebalik serangan nekad ke atas
bangunan WTC di New York. Walhal, Osama sebenarnya tidak menyatakan
beliau bertanggungjawab atas serangan itu. Inilah kemusykilan yang
menyelingkari keperibadian lelaki misteri bernama Osama bin Laden dan
hubungannya dengan CIA serta Amerika Syarikat.
Tujuan sulit Barack Obama
Apa yang penulis lihat pada situasi kali
ini adalah Barack Obama mahu kejayaan pembunuhan Osama ini untuk
meningkatkan sokongan rakyat kepadanya yang mana pada masa ini beliau
diserang habis-habisan oleh Donald Trump. Donald Trump yang juga
merupakan taikun hartanah telah menyelar kesahihan dokumen kelahiran
Barack Obama yang mana didakwanya bukan seorang warga Amerika Syarikat
yang tulen. Donald Trump turut menuduh Barack Obama merupakan pelajar
paling lemah dan sangsi dengan dokumen kelulusan universiti milik Obama.
Dalam situasi kali ini juga, ramai pakar
konspirasi mendakwa ia adalah bertujuan untuk menghapuskan watak Osama
bin Laden yang selama ini ‘dipelihara’ oleh Amerika Syarikat dan CIA.
Dengan terhapusnya watak Osama ini, kemungkinan besar dunia bakal
menerima seorang lagi watak ‘antagonis’ yang dahulunya dipegang berpuluh
tahun oleh Osama Bin Laden atau Tim Osman.
Kepada pakar konspirasi Islam, tujuan
watak Osama diada-adakan adalah satu iaitu meningkatkan semangat
Islamifobia dan anti-Islam di seluruh dunia. Secara keseluruhannya,
kejayaan watak Osama sebagai ketua teroris menyebabkan umat Islam di
seluruh dunia menderita dengan sentimen negatif oleh masyarakat dunia
terhadap umat Islam. Pemimpin Islam di seluruh dunia dan juga dunia
Islam yang kabur mengenai siapakah Osama telah mengangkat beliau sebagai
hero, sedangkan perkara yang sebenar-benarnya adalah Osama adalah agen
CIA paling hebat pernah dilahirkan Amerika Syarikat!.
~ Kepada yang ragu-ragu mengenai
artikel yang ditulis penulis ini, penulis meminta pembaca membuat
analisis secara personal di internet. Cadangan penulis kepada pembaca
adalah pembaca boleh menggunakan kata kunci seperti ‘Osama Tim Osman’,
Osama CIA Agent’ atau ‘Osama Fidel Castro’.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.