Bertempur dengan Iblis,Jin & Ayah Pin – Kemusnahan Kerajaan Langit
Pada tahun 2005, terdapat satu kumpulan
ajaran sesat yang bergelar “Kerajaan Langit“ atau “Sky Kingdom“ yang
bertapak di Besut, Terengganu. Pengasas kepada Kerajaan Langit ini iaitu
Arifin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin. Kumpulan ini telah
disenaraikan sebagai kumpulan ajaran agama sesat oleh Kerajaan
Malaysia. Ajaran agama sesat ini berkampung di Kampung Batu 13, Hulu
Besut, Terengganu.
Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai
“Tuhan” kepada segala agama. Ayah Pin berjaya memperalatkan dan
mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan status penduduk di
negara ini untuk menyertai ajaran agama sesat yang disebarkannya. Dia
membangunkan kawasan Kerajaan Langit dengan beberapa struktur besar
untuk melambangkan kuasa tuhan yang diamanahkan kepada dirinya untuk
melindungi dan mamayungi umat manusia.
Antara bangunan dan struktur yang dibina
di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu,
payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah
nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replika kapal bahtera nabi noh,
jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya. Ada yang memaklumkan
kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebihi RM5 juta. Mengikut
laporan, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan
tahun 1980an tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini
sejak tahun 1970an lagi. Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat
ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.
Selepas bertahun-tahun bergiat dengan
ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu
telah dihidu oleh pihak berkuasa. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin
telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di makhamah. Ayah Pin
telah menghilangkan diri dari pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada
yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan
Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya
ingin menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan
Langit di Besut itu.
Terlebih dahulu saya ingin menceritakan
sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun
2003, saya telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan
untuk mengubat pesakit-pesakit dari Pantai Timur. Sahabat saya Ustadz
Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai Pegawai Agama di Istana Terengganu
adalah orang yang bertanggungjawab membawa saya ke Terengganu.
Dahulu semasa saya mula-mula berubat di
Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada
masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu
Buruk. Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan Julai 2005, Mufti
Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa
saya di kediaman Ustadz Shukri. Dia mohon pertolongan dari saya agar
dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan
Kerajaan Langit di Besut. Mengikut katanya sudah banyak kali
jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan
itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat
itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.
Saya pada masa itu tidak tahu sangat
perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri
saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz.
Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam
beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz
diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka. Kami
berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan
saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana dan
juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di
sana nanti. Saya juga “scan” setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan
mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau
bermasalah.
Selepas solat magrib dan selepas makan
malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal
Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke
Besut mengambil masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu
sahabat Ayah Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun
membuat persiapan juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu.
Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu,
terdapat sekatan jalan atau “road block” bukan oleh pihak polis atau JPJ
tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin. Bas yang kami
menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan
alternative yang lain. Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan
itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya
kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan. Ada suatu ketika bas
yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik
membawa bersama adik-adik tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca
ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt,
menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan
yang jauh untuk sampai ke Besut.
Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi.
Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan
dengan perjalanan yang biasanya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana.
Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya
polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan
membuat pemantauan di kawasan itu. Bila sampai di tempat itu, saya rasa
agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan
lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan
elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh
cahaya bulan mengambang pada malam itu.
Setelah membuat tinjauan atau “quick
survey” di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis
dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang
mewakili beberapa agama-agama di dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang
telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit
ini.
Saya memilih dewan perhimpunan yang
masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya
mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam
dewan itu. Untuk pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba
membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan
terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu.
Dengan bercahayakan bulan yang
mengambang pada malam itu dan lampu suluh dari pihak polis, kami membaca
surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah
saya basah kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur
sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan itu.
Dengan keizinan Allah swt dan
pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat
suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu,
saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali seekor jin yang
dapat melarikan diri.
Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.
Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami
semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari
adik tafiz melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25
tahun azan subuh berkumandang di tempat itu. Syukur Alhamdulilah pada
Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan
itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu. Selepas
mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi
saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.
Selepas matahari terbit kami semua
bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu. Perjalanan balik ke
Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan.
Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan
jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan
bangunan-bangunan di kawasan itu.
Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar
meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan
pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan. Tetapi apa
yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang
tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk
memberitahu kejadian sebenar yang berlaku. Terima kasih Allah kerana
atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama
berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.
Catatan oleh :
Haji Lokman
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.