Risalah Injil Kuno Dijumpai - Jesus Meramalkan Kedatangan Nabi Muhammad saw
Naskah Injil berusia 1500 tahun yang menceritakan ajaran Jesus dan kedatangan Nabi Muhammad saw.
Kerajaan Turki telah
mengesahkan sebuah injil kuno yang dijangka berusia 1500 tahun. Injil
kuno tersebut adanmenyatakan ramalan kedatangan Nabi Muhammad SAW
sebagai penerus risalah Nabi Isa (Jesus) di bumi.
Paus Benedict XVI mengaku ingin melihat sendiri Injil kuno ini.
Bahkan Injil ini mencetuskan minat yang serius dari kalangan orang besar Vatican. Paus Benedict XVI mengaku ingin melihat buku 1,500 tahun yang lalu ini. Kebanyakan orang ramai mengjangkakan Injil ini adalah Injil Barnabas, yang telah disembunyikan oleh Turki selama 12 tahun iaitu bermula pada tahun 2000.
Tulisan berharga 14 juta pound yang menggunakan bahasa Aramik (bahasa pertuturan Jesus)
Menurut Mailonline, injil yang ditulis tangan menggunakan dakwat emas itu menggunakan bahasa Aramik.
Inilah bahasa yang dipercayai digunakan Jesus sehari-hari dalam
kehidupannya di dunia. Di dalam injil ini juga diperjelaskan ajaran asli
Jesus serta ramalan kedatangan nabi terakhir selepas Nabi Isa.
Kawasan pengguaan bahasa Aramik dan lain-lain bahasa
Injil kuno berusia 1,500
tahun ini yang menggunakan kulit haiwan, ditemui polis Turki semasa
operasi anti penyeludupan pada tahun 2000 lalu. Injil kuno ini sekarang
di simpan di Muzium Etnografi di Ankara, Turki.
Muzium Etnografi di Ankara, Turki yang menyimpan Injil Kuno ini
Menteri Budaya dan Pelancongan Turki, Ertugrul Gunay
mengatakan bahawa buku tersebut boleh menjadi versi asli dari Injil.
Injil ini juga boleh mengakibatkan keyakinan Gereja Kristian yang
menganggap Nabi Muhammad saw bukanlah penerus dan melengkapkan lagi
ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa as terhapus sama sekali tanpa boleh
disangkal lagi.
Gunay juga mengatakan
pihak Vatican telah membuat permintaan rasmi untuk melihat kitab dari
teks yang kontroversi ini menurut keyakinan Kristian. Kitab ini berada
diluar pandangan agama Kristian seperti dari pandangan kitab Injil yang
lain seperti Markus, Matius, Lukas dan Yohanes.
Lihat video Injil Kuno di bawah.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.