Senyuman Para Syuhada Gaza
Gambar para syuhada Gaza yang
tersenyum ketika terkorban. Tidak ada nikmat yang lebih membahagiakan
para syuhada ini melainkan ganjaran syurga. Semoga Allah mencucuri roh
mereka dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta syuhada yang
lain. Al-fatihah.
Kemuliaan Mati Syahid
Dari Anas bin Malik r.a, dari Nabi SAW sabdanya:
“Tidak ada seorangpun yang telah
masuk syurga ingin kembali semula ke dunia walaupun seluruh isi bumi ini
diberikan kepadanya kecuali orang-orang yang mati syahid. Orang yang
mati syahid itu ingin kembali ke dunia lalu dia tewas (syahid) di dunia
hingga sepuluh kali, kerana dia telah menyaksikan bagaimana mulianya
orang yang mati syahid.” (Muslim)
Sumber Hadith -Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.