Kisah Berpisahnya Roh Dari Jasad
Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya,
“Aku sedang duduk bersila di dalam
rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam
kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya
sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi
S.A.W bersabda, “Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai
Ummul Mukminin.”
Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.
Maka aku hilangkan uban pada janggutnya,
dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku
dan aku berkata, “Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini
sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya
nabinya.” Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis
pada wajah baginda.
Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya,
“Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?”
Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya,
“Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?” Kataku, “Tunjukkan wahai Rasulullah!”
Rasulullah S.A.W berkata, “Engkaulah katakan!,”
Jawab Aisyah r.a : “Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika
keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih
hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, “Aduhai ayah, aduhai ibu!
Ayahnya pula mengatakan: “Aduhai anak!”
Rasulullah S.A.W bertanya lagi: “Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?”
Jawab Aisyah r.a : “Tidak ada hal
yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang
lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali.
Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali,
mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal
perbuatannya.”
Rasulullah S.A.W bertanya lagi, “Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?” Jawab Aisyah, “Hanya Allah dan Rasul-Nya saja yang lebih tahu.”
Maka bersabda Rasulullah S.A.W : “Wahai
Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang
memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin
di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin
dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban
dari kepalanya untuk dimandikan.
Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia
melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk
mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata
roh,
“Wahai orang yang memandikan, aku
minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan
sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut.” Dan
apabila air disiram maka akan berkata mayat, “Wahai orang yang
memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan
yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku
terbakar dari sebab lepasnya roh,”
Dan jika merea memandikan, maka berkata roh: “Demi
Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku
dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh.”
Apabila telah selesai dari dimandikan
dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat,
maka mayat memanggil,
“Wahai orang yang memandikanku,
janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku
dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah
penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan
dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat.”
Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru,
“Demi Allah, wahai jemaahku, aku
telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu
menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti
mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan
meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk
selama-lamanya.”
Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, “Demi
Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku
mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya
hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat.”
Wassalam.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.