Monday, 5 March 2012


Pelukis Karikatur Nabi Muhammad Terima Pembalasan

Kurt Westergaard, lelaki yang melukis kartun Nabi Muhammad S.A.W dengan niat untuk menghina Islam suatu ketika dulu. Allah S.W.T telah bakar lelaki ini dalam api. Banyak cubaan untuk membunuh lelaki ini tetapi ramai yang mati ditembak oleh polis yang mengawal lelaki ini. Dengan kuasa Allah S.W.T, walaupun dijaga rapi oleh pihak polis. Api yang datang dari mana entah, membakar lelaki ini.

Dalam laporan siasatan, akhbar Arab, yang diterbitkan dari Arab Saudi, Telah mendakwa Kurt Westergaard, kartunis Denmark, telah meninggal
dunia dalam kejadian kebakaran.

Pihak berkuasa Denmark telah cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan kematiannya, yang tidak menemui sebarang petunjuk serta bukti bagaimana kebakaran itu berlaku dan mengapa hanya di dalam bilik di mana Kurt Westergaard duduk sahaja yang terbakar.

 Siasatan awal menunjukkan bahawa kartunis yang melakukan kekufuran dengan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW telah meningkatkan tahap keselamatan setelah menerima banyak ancaman dari seluruh dunia selepas umat Islam marah kerana penerbitan yang berlulang-ulang kali karikatur di akhbar Eropah.

Pada Februari 2008, tiga warga Arab telah ditangkap kerana tuduhan penglibatan mereka dalam memplotkan kematian Kurt. Ada juga Seorang lelaki Somalia yang cuba menikam beliau, tetapi polis berjaya menyelamatkannya.

Laporan siasatan berkata, kejadian itu berlaku beberapa hari lepas di mana Kurt Westergaard telah parah terbakar dan mati di tempat kejadian, tetapi media antarabangsa telah menyembunyikan peristiwa tersebut.

Pihak berkuasa Denmark setakat ini tidak dapat mencari sebarang pembayang mengenai punca api. Akhbar Saudi berkata kematian Kurt menunjukkan betapa berkuasanya Allah SWT, walaupun pelbagai kawalan keselamatan terhadap Kurt, tidak ada apa pun yang boleh selamatkan dia

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...