Menilai Hukum Hudud Dari Segi Saintifi
Hukuman hudud yang dijalankan di Somalia
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah
kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan
janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya
dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada
Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang
dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang
beriman.
(An-Nur:2, al Quranul Karim)
Pandangan Ulama Tafsir
Hukuman keatas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal
dan yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah
disebat dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman
keatas perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman keatas lelaki
ketika kes mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan
oleh golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki
dan lebih memberi kesan keatasnya, manakala dalam kes mencuri pula
selalunya berlaku keatas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan
lebih merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan perkara itu
maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.
Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas
penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di
dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah
berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah
direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan
perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu
Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:
“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya
salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin
berzina, orang yang membunuh dengan sengaja dan keluar daripada agamanya
juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam”
Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan ketika hendak
melakukan hukuman keatas penzina kerana ini adalah hukuman yang telah
ditetapkan oleh Allah juga tidak boleh merosakkan hudud Allah yang telah
ditetapkan dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada apa yang
telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab al-Kutub as-Sittah daripada
Aisyah radhiAllahu anha:
“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah bt Muhammad mencuri Sesungguhnya aku akan potong tanganya”
Maka dirikanlah hudud keatas orang-orang yang melakukan perbuatan
zina dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang menyakitkan untuk
memberikan pengajaran keatas mereka jika kamu beriman dengan Allah SWT
dan hari Akhirat.
Dan dirikanlah hudud secara terang-terangan dihadapan sekumpulan
daripada orang-orang Islam tambahan balasan bagi orang yang berzina.
Sesungguhnya penzina-penzina itu apabila disebat di hadapan orang ramai
akan memberi kesan yang lebih untuk mencegah mereka daripada melakukan
perbuatan itu lagi. Telah berkata Qatadah:
“Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang
yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan
adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran”.
Kes-Kes zina ini disabitkan dengan salah satu daripada perkara berikut :
1- Iqrar atau pengakuan : Ini selalunya berlaku ketika pemerintahan
Islam. Keterangan atau penyaksian: Iaitu penyaksian 4 orang saksi
lelaki yang merdeka, adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata
mereka sendiri. Ini sangat jarang berlaku.
2- Mempunyai hubungan dengan perempuan yang tidak mempunyai suami yang boleh dikenali baginya.
Perbahasan
Apabila Allah menjadikan manusia Allah juga menjadikan bersama
kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada
terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan
manusia itu sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukumkan dengan
hukum hudud antaranya hukum bagi mereka yang melakukan penzinaan.
Apabila sabit dua kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori
manusia yang melakukan kesalahan itu ;
- Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin
- Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin
Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi
kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?
Sepintas lalu, Ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang
belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar
sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang
berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi penzina jenis
adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan. Keinginan
mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi
fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.
Rejam dilakukan ke atas pesalah zina yang telah berkahwin
Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas
penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai
nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai
kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak
manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia
jenis ini.
Hikmah Disebalik Perlaksanaan Hudud
Buat penzina yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang
kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu
dihinggapi HIV selepas penzinaanya, T4 Limfositnya akan diserang oleh
HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga
menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan
dan fibrosis tidak
lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan
Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.
Virus HIV menguasai T4 Limfosit (merah) untuk menyerang sistem badan
Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan.
Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami
kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilanan sel-sel T4 yang baru
serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis. Cara terbaik adalah
dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian
belakang dengan sebatan yang akan merangsang penghasilan semula antibodi
T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas
antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.
Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin .apabila dihinggapi
virus AIDS, sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4
kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada
sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan
antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih
bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis ini tidak
akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati
adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan
penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan
orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.
Imuniti Dan Hikmah Pelaksanaan Hudud
Sistem imuniti badan manusia adalah menepati sistem pentadbiran dan
pertahanan sesebuah negara Islam. Di dalam badan manusia terdapat
berjuta-juta sel yang terdiri kebanyakanya daripada protein. Begitu juga
keadaanya antibodi yang terdiri 100% daripada protein. Salah satu
keistimewaan bagi haiwan vertebrata ialah keupayaan antibodinya
mengenali kandungan asal badan (yang di panggil sel asal) dan
benda-benda yang datang dari luar. Tindakbalas imuniti adalah merangkumi
kesemua aktiviti yang pada akhirnya menghasilkan penghapusan
bahan-bahan luar (foreign materials) sama ada melalui proses kecederaan
atau tidak .Tindakbalas imun adalah merangkumi dua fenomena yang asas:
- Tindakbalas humoral (tindakan antibody)
- Tindakbalas pembaikan sel
Toleran (ketiadaan tindakbalas imun) adalah juga salah satu
daripada mekanisme tindakbalas imun yang bertindak sebagai mekanisme
pertahanan yang memelihara tindakbalas imun terhadap sel sendiri. Dalam
banyak hal, mekanisme pertahanan badan (tindak balas imun) adalah
seolah–olah sebuah sistem pengawalan (undang-undang hudud) yang di
wujudkan bagi tujuan pengawalan. Sistem ini akan dapat mengenali antara
orang asing dan penduduk tetap sebuah negeri. Orang asing yang di anggap
mengancam keselamatan akan dihapuskan dengan di hukum dan penduduk asal
negeri tersebut yang baik akan di tolerankan. Maka yang menyeleweng di
kalangan penduduk asal negeri itu juga turut dihapuskan bagi tujuan
keselamatan dan sistem sosial yang teratur itu.
Masyarakat yang tidak mempunyai undang-undang hudud yang telah di
tentukan oleh Allah itu adalah seolah-olah masyarakat yang sedang
dilanda AIDS dimana kesemua unsur asing budaya dan kehidupan yang boleh
membahayakan manusia dan boleh memusnahkan kehidupan manusia dibolehkan
masuk seluas-luasnya tanpa sebarang pengawasan. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui tentang segala-gala keperluan biologi, psikologi dan mental
manusia. Adalah menjadi satu perkara yang boleh merosakan manusia
apabila manusia cuba menentukan haluan mereka sendiri yang mereka
sendiri tidak faham dan tidak tahu. Sedangkan Allah yang menjadikan dan
menciptakan yang paling arif dan tahu tentang keperluan-keperluan
manusia serta sistem pengawalanan yang dapat mengawal manusia daripada
terjerumus ke lembah perhambaan nafsu yang boleh memusnahkan manusia itu
sendiri.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.