Tidak Mungkin Wujud Alat Bantuan Menyelam 1400 Tahun Dahulu
"Atau
seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak,
yang di atasnya ombak (pula) di atasnya pula awan; gelap gelita yang
tindih menindih, apabila dia mengeluarkan tangannya tiadalah dia dapat
melihatnya, dan barangsiapa yang tiada diberi cahaya oleh Allah tiadalah
dia mempunyai cahaya sedikitpun.
(Surah An-Nur: 40)
Kegelapan di dasar laut dan
lautan ditemui sekitar kedalaman 200 meter dan ke bawah. Pada kedalaman
ini, di sana hampir-hampir tidak terdapat cahaya. Di bawah kedalaman
1000 meter, di sana langsung tidak terdapat cahaya.
Hari ini, kita dapat mengetahui
struktur umum mengenai lautan. Sifat-sifat makhluk hidupan di dalamnya,
salinisasinya melalui pengetahun tentang kadar kandungan air, kawasan
dan kedalamannya. Kapal selam dan peralatan khusus yang dibangunkan
dengan teknologi moden, membantu saintis untuk merakamkam maklumat
seperti ini.
Manusia
tidak mampu menyelam lebih dari 40 meter ke bawah tanpa sebarang
bantuan atau peralatan khusus. Mereka tidak dapat bertahan tanpa
peralatan tanpa alatan canggih di dasar, bahagian yang gelap di lautan,
seperti pada kedalaman 200 meter. Atas sebab ini, para saintis hanya
akhir-akhir ini mampu menyingkap maklumat terperinci mengenai lautan
ini. Bagaimanapun kenyataan 'gelap gelita di lautan yang dalam' telah
pun di selitkan di dalam surah An-Nur 1400 tahun dahulu. Ianya sudah
pasti satu dari keajaiban Al-Qur'an di mana maklumat seperti ini
dikhabarkan ketika di mana tidak ada sebuah peralatan pun yang dapat
membantu manusia untuk menyelam ke dasar lautan.
Sebagai tambahan, fakta di dalam
ayat 40 surah Nur: gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi
oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya pula awan; menarik
perhatian kita kepada satu lagi keajaiban Al-Qur'an.
Para saintis baru-baru ini telah
menemui bahawa di sana terdapat gelombang ombak di dalam lautan, yang
mana terjadi pada kepekatan sempadan dua permukaan di atas
lapisan-lapisan yang mempunyai kepekatan berbeza. Gelombang internal ini
melitupi air laut yang dalam kerana bahagian yang jauh ke dalam
mempunyai kepekatan yang lebih tinggi dari air yang berada di atasnya.
Gelombang internal bertindak seperti ombak di permukaan lautan. Ianya
boleh berpecah sama seperti ombak di permukaan. Ombak internal ini tidak
dapat dilihat dengan mata manusia, tetapi ia dapat dikesan dengan
mengkaji perubahan suhu atau salinisasi pada suatu kedudukan yang
diberi.
Kenyataan yang terdapat di dalam
Al-Qur'an berbunyi secara mutlak selari kepada penjelasan di atas.
Tanpa perlu kepada pengkajian, seorang dapat melihat dengan jelas ombak
pada permukaan laut. Tatapi suatu yang amat mustahil bagi seseorang
untuk melihat ombak di dalam laut (internal).
Sebenarnya, dalam surah Nur,
Tuhan menarik perhatian manusia kepada satu lagi jenis ombak yang
berlaku di dalam lautan. Suatu yang pasti, fakta ini yang baru ditemui
oleh saintis baru-baru ini, menunjukkan sekali lagi bahawa Al-Qur'an
adalah kalam Tuhan.
:zarif alimi_
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.